Amerika Syarikat Mencatat Kes COVID-19 Tertinggi Di Dunia Mengatasi China

Dengan kes COVID-19 sebanyak 82,404 positif, kini Amerika Syarikat menjadi negara tertinggi di dunia dengan bilangan pesakit mengatasi China.

Kini jumlah pesakit positif COVID-19 di seluruh dunia telah melepasi angka setengah juta. Amerika kini mengatasi Negara China dan Itali dengan bilangan kes positif.

Antara bandar terjejas teruk di Maerika Syarikat ialah New York, Washington dan California. Bilangam kematian yang di catatkan di Amerika Syarikat pula sebanyak 1,178 kes.

Menurut data dari Universiti John Hopkins China berada di tempat kedua dengan mencatatkan sebanyak 81,782 kes manakala Itali tempat ketiga dengan 80,589 kes.

Kes kematian paling tinggi dicatat oleh Itali dengan bilangan kematian sebanyak 8,215 kes, Sepanyol 4.154 kes manakala China 3,169 kes.

Secara keseluruhannya bilangan kes di seluruh dunia sebanyak 526,064 kes dengan 23,709 kematian dicatatkan oleh COVID-19 ini.

Walaubagaimanapun sebanyak 122,066 kes yang telah berjaya sembuh dan telah dibenarkan untuk keluar dari hospital. COVID-19 kini telah merebak di 175 buah negara.

Sumber:

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​