Apa Itu Inflasi?

Inflasi

Secara amnya , inflasi bermaksud kenaikan paras harga umum atau inflasi bermaksud kenaikan harga terhadap kebanyakan barangan dan servis .

Harga bagi kebanyakan barangan seperti rumah , pakaian , makanan , pengangkutan , minyak dan macam – macam lagi harus meningkat dan berterusan bagi tempoh yang lama , untuk inflasi dikatakan berlaku dalam sesebuah ekonomi .

Jika hanya harga beberapa barangan atau servis sahaja yang meningkat , ia tidak semestinya berlaku inflasi .

Namun tahap inflasi juga meningkat secara mengejut akibat peristiwa yang berlaku di luar kawalan pemerintah , termasuklah kesan pengangguran , nilai mata wang yang jatuh serta ketidakstabilan politik.

Terdapat beberapa cara untuk mengukur inflasi

Pertamanya adalah melalui Deflator Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) . Deflator KDNK adalah ukuran tahap harga baru bagi barangan yang dihasilkan dalam negeri , produk akhir dan servis dalam sesebuah ekonomi .

Cara yang kedua adalah melalui penunjuk Indeks Harga Pengguna ( CPI ) . CPI pula mengukur perubahan tahap harga sekumpulan produk pengguna .

Pendek kata, deflator KDNK digunakan bagi skala besar , dan penunjuk CPI digunakan mengukur skala kecil .

Apa yang menyebabkan inflasi berlaku ? Terdapat 2 jenis inflasi , Kedua – dua inflasi ini menyebabkan peningkatan kepada tahap harga keseluruhan dalam ekonomi .

1 . Inflasi Tarikan Permintaan . Ia berlaku apabila permintaan keseluruhan terhadap barangan dan servis dalam sesebuah ekonomi meningkat dengan mendadak dan lebih pantas daripada kemampuan pengeluaran barangan dan servis .

la biasanya berlaku ketika sesuatu ekonomi berkembang dengan pesat ( pendapatan bertambah , perbelanjaan meningkat ) , atau disebabkan oleh peningkatan

2 . Inflasi Desakan Harga . la berlaku apabila harga proses pengeluaran sesuatu produk atau servis meningkat .

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​