Bank Of Japan Mengekalkan Kadar Faedah Kepada -0.10%

Bank Of Japan (BOJ) hari ini mengekalkan kadar faedahnya kepada -0.10% walaupun RBNZ dan FED telah membuat mesyuarat mengejut dengan menurunkan kadar faedah.

Walaupun kadar faedah BOJ kekal namun terdapat kenaikan dalam pembelian Dana Dagangan Bursa (ETF) sebanyak 12 trillion yen. selain itu BOJ juga telah menggandakan kadar pembelian Japanese Real Estate Trust Funds (JREIT) kepada 180 bilion yen setahun.

Keputusan ini dibuat ketika pengumuman FED yang memotong kadar faedahnya kepada 0%-0.25% dan wabak coronavirus yang melanda Jepun dan juga seluruh dunia.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​