Boris Johnson Dimasukkan Ke Unit Rawatan Rapi

Perdana Menteri UK, Boris Johnson telah dimasukkan ke ICU berikutan keadaannya yang makin teruk akibat dijangkiti coronavirus.

Boris Johnson telah dijangkiti wabak itu pada 27 Mac yang lalu. Keadaannya makin teruk dan tidak bekurangan selepas 10 hari dijangkiti menyebabkannya dimasukkan ke hospital.

Menurut seorang jurucakap kabinet, Michael Gove, Boris Johnson hanya memakai bantuan pernafasan dan bukannya ventilator ketika di unit rawatan rapi itu.

Sementara Boris dirawat, Menteri Luar, Dominic Raab mengambil alih sementara tugas sebagai perdana menteri.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​