China Akan Melaksanakan Sekatan Visa Terhadap Warga Amerika Yang Masuk Campur Urusan Hong Kong

China akan melaksanakan sekatan visa terhadap rakyat AS yang mengganggu urusan berkaitan rancangan undang-undang keselamatan negara untuk Hong Kong, satu tindakan yang hadir selepas pentadbiran Trump melakukan perkara yang sama terhadap beberapa pegawai di Beijing.

“Sebagai satu tindak balas terhadap keputusan AS untuk melaksanakan sekatan visa terhadap pegawai China, China membuat keputusan untuk melakukan perkara yang sama terhadap warga Amerika yang berkelakuan buruk dalam urusan Hong Kong,” menurut jurucakap Kementerian Luar Negeri Zhao Lijian kepada wartawan di Beijing pada hari Isnin.

Sebelum ini, hubungan AS dan China telahpun meregang ekoran percanggahan dalam beberapa perkara termasuklah berkaitan perang dagangan antara kedua-dua negara serta mengenai pengendalian pandemik coronavirus.

Sumber:

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​