Emas Dilihat Bakal Mencabar Paras $1,800 Selepas Kebangkitan Virus Menghangatkan Permintaan Emas

emas

Harga emas kini menghampiri paras $1,800 untuk satu auns, satu paras “resistance” yang sukar untuk dipecahkan. Jika berjaya melepasinya, ia berpotensi membawa harga emas ke tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini selepas kebangkitan dalam kes coronavirus mengancam menjejaskan pemulihan ekonomi global serta menghangatkan permintaan aset “safe haven.”

Niaga hadapan emas telah “rally” sehingga sekitar 1% daripada paras harga yang kali terakhir dilihat pada penghujung 2011, tahun di mana emas mencatatkan harga yang tertinggi dalam rekod.

Emas telah mengukuh selepas Federal Reserve dan bank pusat lain merendahkan kadar faedah. Dibantu dengan kebimbangan penurunan nilai matawang dan potensi lonjakan inflasi, pelabur beralih kepada emas sebagai simpanan kekayaan. Malah, bank seperti Goldman Sachs meramalkan bahawa harga emas akan mencecah rekod $2,000 dalam tempoh 12 bulan – Bloomberg

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​