Impak Brexit Kepada Ekonomi United Kingdom

brexit

Ekonomi UK dijangka akan meleset 5% dalam masa setahun iaitu hampir dengan jumlah kemelesetan semasa krisis kewangan global.

Kesatuan Eropah sudah tentu akan mengenakan halangan perdagangan kepada UK dalam bentuk cukai import. EU dijangka akan mengenakan cukai sebanyak 5% secara purata kepada import barangan dari UK

Menteri Kewangan Phillip Hammond telah menubuhkan jawatankuasa fiskal untuk kerajaan berbelanja lebih besar jika Brexit membawa kejutan negatif kepada ekonomi.

Dengan impak yang begitu besar kepada ekonomi Britain, senario buruk Brexit akan menekan nilai mata wang Sterling yang akan menambah kejatuhannya berbanding Dolar AS.

Pound yang lemah akan meningkatkan harga saham kebanyakan syarikat besar UK seperti British American Tobacco.

Kesimpulannya

Bagi mengurangkan kesan buruk kepada perdagangan, UK perlu pantas menjalin hubungan dagang bersama negara-negara lain. Perjanjian bersama negara-negara yang pesat membangun seperti Amerika Syarikat, India dan China akan menjadi pemangkin yang besar kepada ekonomi UK.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguanโ€‹

Langgan Newsletterโ€‹