India Mengharamkan Tiktok dan 58 Aplikasi China yang Lain Atas Alasan Keselamatan

India telah mengharamkan 59 aplikasi dari China termasuklah Tiktok, yang dimiliki ByteDance Ltd., atas alasan ancaman terhadap kedaulatan, keselamatan dan ketetapan umum dengan hubungan kedua-dua negara terus meregang.

Antara aplikasi yang disekat termasuk juga daripada syarikat gergasi teknologi seperti UC Web daripada Alibaba Group Holding Ltd., Baidu Map & Baidu Translate daripada Baidu Inc., serta WeChat dan Clash of Kings daripada Tencent Holdings.

Tindakan ini hadir selepas ketegangan sempadan dengan China di Himalaya menyebabkan kematian 20 askar India.

Dalam satu kenyataan Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India pada hari Isnin, penghantaran dan penyimpanan data pengguna India tanpa kebenaran di server luar negara adalah satu kebimbangan dan kerisauan yang memerlukan tindakan dalam kadar segera.

Sumber:

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​