Jepun Isytihar Darurat Berikutan COVID-19

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe hari ini mengisytiharkan darurat di tujuh wilayahnya bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Tujuh kawasan terjejas ialah Tokyo, Chiba, Kanagawa, Saitama, Osaka, Hyogo dan Fukuoka.

Pengisytiharaan itu dijangka berkuatkuasa dari tengah malam dan akan memberi kuasa kepada tujuh gabenor di kawasan terjejas bagi meminta orang ramai duduk di dalam rumah dan perniagaan ditutup.

Menurut maklumat yang diterima kecemasan ini akan ditarik balik sekiranya nyawa penduduk tidak lagi dalam bahaya. Pengisytiharan darurat ini akan berlangsung dari 7 April hingga 6 May.

Setakat ini, Jepun mencatatkan sebanyak 4,000 kes positif Covid-19 dengan 80 kematian. Awal hari ini juga Abe mengumumkan pakej rangsangan bernilai ¥39 trillion ($357 billion) bagi membantu ekonomi yang terjejas akibat COVID-19.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​