Mesyuarat OPEC DIjangka Berlansung Minggu Depan

Mesyuarat antara Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC) dan negara pengeluar dijangka akan diadakan pada minggu hadapan menurut badan berita dari Russia, TASS. Walaubagaimanapun TASS enggan menamakan sumbernya.

Menurut maklumat dalaman, mesyuarat tersebut diutarakan oleh Arab Saudi tetapi tidak memberitahu apa jenis perbincangan yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Presiden US, Donald Trump semalam berharap yang Arab Saudi dan Russia akan sepakat untuk mengurangkan pengeluaran minyak yang ketika ini mencecah 10-15juta tong sehari.

Dengan proses perjanjian antara kedua mereka bakal menyelamatkan industri minyak yang mengalami kemerosotan berikutan perang pengeluaran dan wabak coronavirus.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​