Nike Telah Menutup Seluruh Kedai Di US Kerana Coronavirus

Nike Inc mengumumkan penutupan seluruh cawangannya di US, Canada, Eropah Barat, Australia dan New Zealand bermula 16 March sehingga 27 March 2020. Penutupan ini sejajar dengan wabak coronavirus yang melanda dunia sekarang.

Jurucakap syarikat itu turut menyatakan walaupun penutupan itu bakal menyaksikan pekerjanya tidak bekerja namun gaji tetap dibayar penuh.

Kedai di Korea Selatan, Jepun dan sebahagian China dan negara lain akan tetap dibuka. Nike mempunyai 384 kedai di US manakala lebih 750 di seluruh dunia.

Kini terdapat lebih 3000 kes di US yang melibatkan 60 kematian akibat coronavirus di US.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​