Pasaran Komoditi Minyak Melonjak Naik Disebabkan Dasar Optimis Rawatan COVID-19

Pasaran minyak mentah hari ini telah meningkat naik dari kejatuhan akibat dasar optimis beberapa negara dalam rawatan coronavirus.

Antaranya Kaiser Permanente Washington Research Institut yang terletak di Seatlle telah memulakan percubaan vaksin ke atas manusia. Manakala CureVac yang merupakan gergasi biofarmasi German juga telah mencuba vaksin bagi coronavirus ini dan dijangka dikeluarkan pada bulan Jun.

Manakala BioNTech yang merupakan gergasi bioteknologi German sedang bekerjasama dengan farmasi dari China Fosun Pharma dan Pfizer dari US sedang membangunkan rawatan coronavirus yang dijangka memulakan rawatan ke atas manusia selewatnya hujung bulan April.

Akibat daripada ini, West Texas Intermediate (WTI) melonjak naik sebanyak 4.99% manakala Brent naik 3.72%.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​