Perang Minyak Memberi Kesan Positif Pada Bidang Penerbangan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah bercakap dengan Presiden Russia, Vladimir Putin isnin lalu tentang menstabilkan harga minyak dalam pasaran dunia.

Ini berikutan harga minyak West Texas Intermediate (WTI) dan Brent telah merudum jatuh apabila Arab Saudi dan Russia masing-masing meningkatkan pengeluaran mengakibatkan pengeluaran melebihi permintaan.

Walaupun kejatuhan harga minyak memberi kesan buruk kepada industri tenaga namun ia adalah amat baik bagi bidang penerbangan, ujar Donald Trump lagi.

Trump juga menegaskan yang isu minyak ini mesti diselesaikan dengan secepatnya antara Russia dan Arab Saudi sebelum melihat kejatuhan dalam industri tenaga dan ingin turut serta dalam meja rundingan antara keduanya.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​