RM1.53 bilion Modal Asing Mengalir Keluar

Pegangan Ekuiti Malaysia terus menunjukkan peningkatan ketara berikutan pengaliran keluar modal asing sebanyak RM1.53 bilion minggu lalu. Peningkatan ini sangat ketara berbanding minggu sebelumnya yang hanya sebanyak RM1.43 bilion.

Peningkatan mendadak ini berikutan ketidaktentuan pasaran berikutan wabak COVID-19 yang melanda Malaysia ketika ini. Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid Indeks Turun Naik (VIX) melonjak kepada 85.47 mata berikutan penularan wabak COVID-19. Paras ini mengatasi paras yang dicatatkan semasa krisis kewangan 3008.

Menurut beliau lagi, walaupun berlaku aliran keluar dana asing, namun Bursa Malaysia disokong baik oleh institusi tempatan dan pelabur runcit yang kekal sebagai pembeli bersih dengan masing-masing RM1.29 bilion dan RM245.6 juta.

Sumber:

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​