Trumph Bersedia Untuk Campur Tangan Dalam Perang Minyak Antara Arab Saudi Dan Russia

Harga minyak mentah AS hari ini didagangkan tinggi berikutan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trumph yang akan campur tangan dalam isu perang harga antara Russia dan Arab Saudi.

Trumph dalam kenyataannya berkata isu perang minyak ini merugikan kedua-dua negara tersebut dan akan campur tangan dalam masa yang sesuai bagi menyelesaikan masalah itu.

Semalam, minyak mentah mengalami penurunan sebanyak 20% apabila Jabatan Tenaga Amerika Syarikat mengumumkan akan membeli 30 juta tong minyak mentah untuk bekalan petroleum negara itu.

Menurut Setiausaha Kremlin, Dmitry Peskov, Russia bersedia untuk mengadakan perbincangan mengenai harga minyak. Ini kerana harga minyak mentah dunia telah turun mendadak berikutan keengganan Arab Saudi dan Russia untuk mengurangkan pengeluaran.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​