Ulasan Sentimen Pasaran Asia 31-03-2020

Hari terakhir dagangan untuk bulan Mac. Dolar Australia (AUD) mengukuh pada sesi pasaran Asia diikuti oleh Dolar AS (USD). Manakala Pound (GBP) merupakan matawang paling lemah diikuti oleh Yen (JPY).

Data indeks PMI China yang memberangsangkan pada sesi pasaran Asia gagal untuk meningkatkan sentimen pasaran. Data untuk sebulan dilihat tidak mencukupi untuk mengesahkan pemulihan, disebabkan wabak di peringkat global masih lagi dalam keadaan membimbangkan.

Data Indeks PMI China yang dikeluarkan pada hari ini lebih tinggi daripada jangkaan, dengan PMI sektor Pembuatan pada bacaan 52 untuk bulan Mac manakala indeks PMI sektor bukan pembuatan pada bacaan 52.3.

Jumlah kes koronavirus di AS terus meningkat melebihi paras 160,000 kes. Beberapa kawasan telah mengumumkan ‘penguncian sementara’ manakala Presiden Donald Trump memperluaskan panduan untuk aktiviti sosial sehingga akhir April.

Beberapa data ekonomi turut menjadi perhatian pada hari ini dengan data KDNK suku keempat UK, data jualan runcit US serta data inflasi zon Euro. Pada sebelah malam, data KDNK bulanan Kanada serta indeks keyakinan pengguna CB AS akan dikeluarkan.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​