West Texas Intermediate didagangkan secara “future contract”

Jadi apa itu Future Contract?

Dalam bahasa kampungnya future contract ni adalah perjanjian jual beli aset komoditi antara penjual dan pembeli pada harga yang telah dipersetujui pada tarikh tertentu di masa hadapan.

Pembeli kena beli aset komoditi pada harga yang dia dah janji nak beli manakala penjual pula kena jual aset komoditi pada harga yang dia dah janji nak jual.

Sebagai contoh,

Mak Cik Kiah jual pisang pada harga RM10 untuk 1 tandang. Dengan jualan RM10 tu, Mak Cik Kiah dapat untung 50% daripada harga jualan.

Ali pula beli pisang dengan harga RM10 daripada Mak Cik Kiah untuk dibuat goreng pisang. Dengan modal RM10, Ali boleh jual goreng pisang dengan harga RM15 sebagai contoh.

Jadi, kalau harga pisang naik jadi RM20 untuk 1 tandang, Mak Cik Kiah akan dapat untung RM15 lah. Tapi Ali akan rugi sebab harga jual dia hanyalah RM15, macam mana nak beli pisang dengan harga RM20?

Tak bestlah macam tu, Makcik Kiah je untung, Ali terpaksa tanggung rugi.

Untuk memastikan kedua-dua pihak dapat menjaga kepentingan masing-masing, satu perjanjian kontrak dibuat antara mereka dengan investor / trader.

Perjanjian kontrak ini membolehkan Ali dan Mak Cik Kiah untuk lock harga yang mereka mahu.

Katakanlah pada 1 April, harga pisang adalah RM10. Maka, Ali pun lock harga pisang RM10 tu.

Ali cakap kat investor,
“Aku nak beli pisang ni dengan harga RM10 je, kalau harga naik kau kena tanggung”

Investor pun reply,
“okay setuju, tapi kalau harga turun RM5, kau kena bayar kat aku lagi RM5 sebab kau dah setuju nak bayar RM10 tadi kan?

“Okay cun”

Apa akan jadi kat Mak Cik Kiah kalau harga pisang turun ke RM2 untuk 1 tandang? Mestilah Mak Cik Kiah akan rugi.

Jadi Mak Cik Kiah pun buat perjanjian kontrak dengan investor.

Mak Cik Kiah cakap kat investor,
“Mak Cik nak jual pisang Mak Cik ni dengan harga RM10. Kalau harga jatuh nanti, kau tanggunglah investor. Asalkan Makcik dapat RM10 makcik tu.”

Investor reply,
“Okay makcik, saya setuju. Tapi kalau harga naik jadi RM30 nanti, makcik hanya ambil RM10 yang makcik nak tu je, lagi baki RM20 tu saya yang punya”

“Okay suka hati engkaulah investor”

Jadi, sepanjang 1-30 April tu, kalau harga pisang naik atau turun, Ali tetap akan dapat beli pisang dengan harga yang dia dah lock iaitu RM10.

Makcik Kiah pun dapat jual dengan harga yang dia dah lock.

Okay, pada tarikh 30 April, harga pisang naik melambung kepada RM30 untuk 1 tandang.

Masa nilah order Ali ni akan ditopup oleh investor sebanyak RM20 untuk beli pisang. Maksudnya investor rugi RM20.

Manakala Mak Cik Kiah pula, hanya akan terima bayaran sebanyak RM10 sahaja sebab dia dah setuju nak jual dengan harga tu.

Lagi balance RM20 tu, investor makcik Kiah la untung. Huhu

Kalau harga pisang turun pula, investor Ali yang akan untung manakala investor makcik Kiah akan rugi.

Jadi itulah lebih kurang pemahaman saya pasal future contract ni.

Kalau ada salah kat mana-mana part, tolong betulkan. 😊

SHARE kalau bermanfaat.

Oleh Wan (Sifuwann)

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Social Media

Kemaskini Mingguan​

Langgan Newsletter​